Tags: Elektronik, Fabrikasi

Polisiloksana dalam Elektronik

  • Ex Tax: RM8.00
  • Author: Zulkifli Ahmad
  • Availability: In Stock
  • e-ISBN: 9789674615956
  • Book Type: E-book
  • Format: Flipbook
RM8.00
rating
(0 reviews) Write a review

Polisiloksana ialah elastomer tak organik yang mempunyai sifat termal yang amat tinggi dan kebolehan diregang. Ia dikenali bermula abad ke-20 manakala bidang elektronik bermula sejak tahun 1980 sebagai bahan penghadang haba. Kini, penggunaan polisiloksana menjangkaui banyak bidang elektronik seperti bahan substrat dalam sel fotovoltik, panel skrin, pemandu gelombang dan antena. Menariknya ..

FlipHTML5 LightBox Embed Demo
Polisiloksana ialah elastomer tak organik yang mempunyai sifat termal yang amat tinggi dan
kebolehan diregang. Ia dikenali bermula abad ke-20 manakala bidang elektronik bermula sejak
tahun 1980 sebagai bahan penghadang haba. Kini, penggunaan polisiloksana menjangkaui banyak
bidang elektronik seperti bahan substrat dalam sel fotovoltik, panel skrin, pemandu gelombang
dan antena. Menariknya bahan ini, ia boleh diubah suai berdasarkan keperluan penggunaannya
dengan menghasilkan sifat optoelektronik seperti indeks biasan, penyerapan cahaya elektromagnet,
kekonduksian haba dan elektrik, dan tenaga jarak jalur.
Teks syarahan ini membincangkan penggunaan polisiloksana dalam beberapa peranti elektronik hasil
kajian yang dijalankan oleh penulis hingga kini. Bermula dengan usaha sintesis bahan, penyalut LED
telah dibangunkan bagi mendapatkan nilai indeks biasan dan lutsinar yang optimum. Seterusnya,
polisiloksana digunakan bagi fabrikasi corak menggunakan kaedah litografi lembut. Dengan
mengambil kira sifat lutsinar bahan ini pada julat sinaran ultraungu, ia seterusnya digunakan bagi
fabrikasi pemandu gelombang. Fabrikasi ini mampu memindahkan riak gelombang elektromagnet
dalam litar bersepadu. Bahan ini juga telah diolah bagi penggunaan antara muka termal dalam
membantu pengaliran haba daripada cip secara berkesan. Kaedah yang digunakan adalah dengan
membentuk suatu bahan komposit; partikulat logam yang dicampurkan diolah agar selari dan
bersentuhan antara satu sama lain bagi membentuk pengaliran haba. Sifat istimewa polisiloksana
iaitu kebolehan diregang digunakan bagi menghasilkan antena teregang; riak yang terhasil boleh
dikesan pada bidang jalur lebar. Hal ini menghasilkan dakwat pengalir arus. Kajian bahan polisiloksana
dalam peranti elektronik diharapkan terus dijalankan bagi menghasilkan produk yang lebih baik dan
berkesan. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha